Cēgar
AMI Cegar Enterprise (Cēgar) ditubuhkan pada tahun Januari 2021 bagi menyambungkan operasi syarikat AMI NIAT Sinergi Sdn Bhd (ditubuhkan pada Oktober 2016) yang terpaksa ditutup disebabkan kos pengurusan syarikat yang tinggi.
Operasi utama adalah pengeluaran produk frozen Ayam Kampung Kacuk. Kini Cēgar ingin mengembangkan lagi skop perniagaan kepada produk-produk RTC (Ready to cook), RTE (Ready to eat) dan RTD (Ready to drink).
Untuk Permulaan, Cēgar merencanakan penghasilan produk RTC, RTE dan RTD akan dilakukan secara pengeluaran Makanan Sediaan Di Rumah (Home-Based Food). Jesteru, langkah-langkah untuk mendapatkan Penyenaraian Pengusaha Makanan Sediaan Di Rumah (Home-Based
Food) daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, Kementerian Kesiahatan Malaysia sedang dijalankan dan akan diikuti dengan pensijilan dan kelulusan seterusnya.
Bagi menjaminkan kualiti dan jangkahayat produk; Cēgar telah membuat perolehan untuk mendapatkan Vacuum Sealer dan Retort untuk pembungkusan dan memanjangkan jangkahayat produk tanpa menggunakan perawet makanan.
AMI ~> A (Allah swt; Tuhanku); M (Muhammad saw; Nabiku); I (Islam; agamaku)
Cegar ~> [ce.gar] | چݢر Definisi : aliran air yg deras di sungai (yg dasarnya terdiri drpd batu hampar). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Pemudahcara Kerja Memasak Anda"