KAMBING MANDHI
MASA PENYEDIAAN : 110 minit
PORSI / HASIL : 12 pax. - (160 gm/pax)
BAHAN-BAHANNYA
1. 2.4kg / 12 ketul ~ Kambing - Lamb [Potong 2" x 3" - 200 gm]
2. Kambing Mandhi & Stok Kambing
a. 40 gm / 4 sdm ~ Minyak Jagung / Zaitun
b. 120 gm / 1 biji ~ Bawang Besar Bombay [Potong 4]
c. 80 gm / 5 inci ~ Carrot [Potong 4]
d. 50 gm / 5 inci ~ Celery [Potong 4]
e. 1gm / 3 helai ~ Daun Briyani
f. Bahan kisar halus
# 30 gm / 6 biji ~ Bawang Putih
# 10 gm / 1/4 inci ~ Halia
# 80 ml / 1/3 cawan ~ Air Bertapis
g. 18 gm / 1.5sdm ~ Rempah Mandhy
h. 4.5 liter / 18 cawan ~ Air Bertapis
i. 15 gm / 1 sdm ~ Serbuk Pati Daging
j. 15 gm / 1 sdm ~ Garam
3. Rempah Perapan
a. 400 ml / 1.5 cawan ~ Air Rebusan / Stok Kambing
b. 12 gm / 1 sdm ~ Rempah Mandhy
c. 12 gm / 1 sdm ~ Serbuk Cili
d. 6 gm / 1/2 sdm ~ Serbuk Lada Hitam
e. 3 gm / 1 sdt ~ Pewarna Kuning - Oren
f. 5 gm / 1 sdt ~ Garam
g. 40 gm / 4 sdm ~ Jus Lemon / Cuka
Cara Memasak
1. Stok Kambing - Panaskan minyak, tumis bawang besar, carrot & celery sebentar
2. Masukkan daun briyani, bawang putih & halia kisar - kacau hingga garing
3. Masukkan rempah mandhy, kacau sebentar sahaja & masukkan air - didihkan 5 minit
4. Masukkan perasa & kambing - rebus selama 75 - 80 minit hingga 90% empuk
5. Angkat kambing & toskan
6. Rempah Perapan - Campurkan semua bahan & kacau sebati
7. Kambing Panggang Mandhi - Celupkan kambing rebus tadi ke dalam Rempah Perapan
8. Biarkan selama 2 - 3 miit - angkat, toskan & biarkan ia meresap rempahnya sebentar
9. Susunkan di atas dulang pembakar & bakar pada suhu 250 ℃ selama 8 - 10 minit
10. Hidangkan