NASI ARAB MANDHI
Masa Penyediaan : 60 minit
Porsi : 12 pax. - (200 gm/pax)
Bahan-bahannya
1. Beras Basmanthi - Basuh & rendam 1 kg
2. Nasi Arab
a. Pes Masakan Nasi Kenduri 300 gm / 1.5 cawam
b. Lemon Kering - Ketuk sedikit 5 gm / 2 biji
c. Cili Hijau - Potong kecil 20 gm / 1 biji
d. Daun Briyani 0.5 gm / 3 helai
e. Stok Kambing / Ayam 1.25 liter / 5 cawam
3. Minyak Masak 20 gm / 2 sudu makan
4. Arang 20 gm / 1 ketul
5. Larutan Kuning Saffron 10 gm / 1 sudu makan
* Stok Kambing / Ayam adalah hasil daripada rebusan kambing / ayam.
Sila lihat pada resipi Kambing / Ayam Mandhi
Cara Memasak :
1. Beras - Basuh beras sebanyak 4 - 5 kali & rendam selama 30 - 45 minit - toskan
2. Nasi Arab Teknik Kukus - Panaskankan Pes Nasi Kenduri, lemon kering, cili & daun briyani
3. Masukkan stok kambing / ayam - didihkan sebentar
4. Masukkan beras, campuran Pes Nasi Kenduri & stok ke dalam bekas / loyang - kacau sebati
5. Kukus selama 50 minit
6. Tutup api - renjis kan pewarna & balik-balikan nasi perlahan-lahan
7. Letakkan sedikit minyak & bara ke dalam bekas (besi / foil aluminium)
8. Letakkan di atas nasi, tutup dengan foil & biarkan selama 3 - 4 minit untuk mengasapkan nasi
9. Keluarkan bekas bara tadi
10. Angkat & hidangkan
Takkan makan nasi kosong aje.. ini lauk sampingannya..
1. Ayam Mandhi